Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Kelab RIAKSI Bil. 3/2014 pada 23 Oktober 2014 telah bersetuju untuk mengadakan pertandingan di atas seperti pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-
Tarikh : 11 November 2014 – 20 November 2014
Masa : 1.30 petang - 2.00 petang
Tempat : Perkarangan Tempat AVO Sambilan.
3. Sehubungan itu, kepada ahli kelab yang berminat dikehendaki mengemukakan penyertaan melalui wakil rumah sukan yang telah dilantik selewat-lewatnya sebelum atau pada 7 November 2014. Sebarang kelewatan pendaftaran tidak akan dilayan. Penyertaan adalah tidak terhad dan terbuka kepada semua ahli Kelab Riaksi.
4. Untuk sebarang maklumat lanjut, sila berhubung dengan Biro Sukan Kelab RIAKSI Sesi 2014-2016.
Sekian, terima kasih.
Biro Sukan, Kelab RIAKSI